Bagai menambah gelang bini. | Pemberian yang tak kelihatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. | Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membesarkan kerak nasi. | Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mempertinggi tempat (= bekas) jatuh, memperdalam tempat (= bekas) kena. | Menambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja, sehingga kerugian (hukuman) menjadi bertambah berat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertambah semakin kurang. | Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memecah damar atau pagu. | Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menimbau boleh, menggala-gala tak tahu. | Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |