Menanduk dengan papar. | Kekerasan yang pura-pura. papar = rata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kerbau runcing tanduk. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau menanduk, kerbau pergi. | Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh. | Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya. | Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. | Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol. | Melawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |