Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai.Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah menang tak tahu, bersorak boleh.Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah membeli, menang memakai.Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalah jadi abu, menang jadi arang.Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar alah sabung, asalkan menang sorak.Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah sabung, menang sorak.Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. (Bandingkan dengan: Biar alah sabung, asalkan menang sorak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aku alah, engkau tak menang.Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lambat laga asalkan menang.Biar lambat asalkan maksud tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat juara kalah menang.Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aku alah engkaulah menang.Tidak mahu mengaku kalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas