Adat muda menanggung rindu. | Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih mata kerana memandang. | Menanggung rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberat-berat beban, di atas kepala juga. | Kitalah yang menanggung nafkah keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar berputih tulang, jangan berputih mata. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung. | Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain bengkak lain bernanah. | Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong. | Seorang mendapat kesenangan, orang lain menanggung akibatnya. terbawa rendong = terbawa-bawa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa melejang, siapa patah. | Siapa yang hendak beroleh keuntungan dialah yang harus menanggung rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya. | Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |