Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: Kami lihat mata keluarga si mati itu bengkak kerana banyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
     Melihat papan menjadi dinding.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Bermaksud :

Bujukan (pujukan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak menangis diberi pisang.Bujukan (pujukan) yang tepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa.Kelakuan yang tidak senonoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas