Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit. | Tidak mahu mengaku akan kebodohan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menari (= merentak) di ladang orang. | Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak dan gesek biola hendak menari dulu. | Berbuat sesuatu sebelum sampai waktunya. tak dan = tak sempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk muka cermin dibelah. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |