Menarik rambut di dalam tepung. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menarik pangkur ke dada. | Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pedang bermata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti parang (= pisau) mata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyenduk kuah dalam pengat. | Sia-sia saja; menarik keuntungan daripada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas). | Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kapal tiga tiang. | Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti penjajap berpaling hendak hilir. | Perempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar. | Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |