Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.pu.ri] | منچمڤوري

Definisi : 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.pu.ri] | منچمڤوري

Definisi : 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencampuri

Peribahasa

Gerundang,
     tinggallah di kubangan!

Bermaksud :

Jangan mencampuri pekerjaan orang lain!

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mencari-cari beban.Suka mencampuri urusan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gerundang, tinggallah di kubangan!Jangan mencampuri pekerjaan orang lain!Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak beban, batu digalas.Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada beban dicari (= mencari) beban.Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak beban, batu digalas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpegang di abu hangat.Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas