| Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. | Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Si cebol hendak mencapai bulan (= bintang). | Menginginkan sesuatu yang mustahil tercapai. Si cebol = orang pendek. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jambatan emas. | Jalan mencapai bahagia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. | Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. | Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyeberangi jambatan emas. | Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tipu Aceh, gurindam Barus. | Tipu muslihat untuk mencapai kemenangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu. | Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerana emas memas, kerana padi menjadi. | Orang kaya dapat mencapai apa saja maksud hatinya. memas = cermat, bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |