Mencari umbut dalam batu. | Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari yang sehasta sejengkal. | Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari penjahit dalam rumput. | Pekerjaan yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari jejak dalam air. | Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari-cari beban. | Suka mencampuri urusan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. | Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perigi mencari timba. | Perempuan yang mencari lelaki. (Bandingkan dengan: Rumput mencari kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencungkil kuman dengan alu. | Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput, d. Mencari umbut dalam batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencabik mudah, menjahit susah. | Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumput mencari kuda. | Perempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |