Mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun. | Melukai orang tidak didenda, membunuh orang tidak dihukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang lauk tengah halat. | Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung. | Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya lebih dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mencencang air. | Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangan mencencang (= memetik, menetak), bahu memikul. | Yang bersalahlah yang menerima hukuman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya. | Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepandai-pandai mencencang, landasan juga yang habis. | Yang mengerjakan pesta kahwinlah yang banyak menanggung rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang mencencang memampas. | Yang berbuat salah harus menerima hukuman. (Bandingkan dengan: Mencencang memampas, membunuh membangun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang memampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |