Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.lé/] | منچوليق

Definisi : menghasut, menaikkan darah, menimbulkan kemarahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.lé/] | منچوليق

Definisi : 1. menyentuh (mengambil, men­calit, dll) dgn hujung jari: kelihatan ia ~ dinding dgn telunjuk kanannya; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dgn hujung jari (bilah dll) utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu: ~ tahi telinga dgn rokok daun; 4. menggores (memantik) dgn bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dgn hujung jari; ~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dll) spt pd masa bersenda gurau dll; ~ hati meng­gelikan hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.lé/] | منچوليق

Definisi : 1 mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2 mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3 mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencolek

Peribahasa

Berkuah sama menghirup,
     bersambal sama mencolek.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Aus telunjuk mencolek garam.Hidup dalam kemiskinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.Persahabatan yang sangat karib.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas