Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.nga/] | منچوڠق

Definisi : menaikkan (mengangkat) ke­pala atau muka ke atas, mendongak: dia ~ memandang kpd aku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.nga/] | منچوڠق

Definisi : 1. menghitung atau mengira dlm kepala sahaja (tidak dgn mengira-ngira pd kertas atau menggunakan sesuatu alat pengira): ayat yg di dlm kurungan itu menunjukkan taakul yg mesti dibuat dgn ~ sahaja, tidak payah dituliskan; 2. mengagak (meneka, menduga): dia tidak dapat ~ apa yg akan jadi pd masa hadapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.nga/] | منچوڠق

Definisi : 1 menghitung atau me­ngira dlm kepala. 2 mengangkat kepala (muka) ke atas; mendongak. 3 mengagak-agak; menduga: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpdnya nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencongak

Peribahasa

Seperti ilmu padi hampa,
     makin lama makin mencongak.

Bermaksud :

Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian.Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak.Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas