Orang mencubit, kita menampar. | Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan. | Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggetil puncak kedal orang. | Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |