| Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu. | Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun. | Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah. | Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat yang menurun, syarak yang mendaki. | Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |