Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat] | منداڤت

Definisi : 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapat

Puisi
 

Ada yang datang waktu petang,
     Ada yang datang pakai kereta;
Tuahlah badan mendapat gelang,
     Mendapat cincin berbatu pula.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mendapat kopi keras (= pahit).

Bermaksud :

Kena marah.

 

Lihat selanjutnya...(245)

173

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mendapat sama berlaba, merugi sama kehilangan.Hidup yang seia-sekata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat kopi keras (= pahit).Kena marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat pisang terkubak.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat panjang hidung.Mendapat malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat cabai rawit.Mendapat celaan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat badar tertimbakan.Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepasin dapat bersiang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beroleh (= mendapat) hidung panjang.Mendapat malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mendapat cincin ijuk.Mendapat barang yang tidak berguna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandai mencuri terasa mendapat, tak pandai mendapat terasa mencuri.Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran terasa usaha yang benar, dan sesuatu yang diperoleh dengan jalan menipu terasa didapat dengan curian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih naik, junjungan patah.Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas