Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pen­syarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (meng­akibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, me­nimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangkan

Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berdua mendatangkan perbantahan.Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencaru makan petang.Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat daun pimping.Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengasah parang timah.Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Upah lalu, bandar tak masuk.Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menuntut piutang lapuk.Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengisi perian bobos.Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengisi gantang pesuk.Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghambat kerbau melabuh.Menegahkan sesuatu yang akan mendatangkan keuntungan atau kesenangan kepada diri sendiri. melabuh = beranak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas