| Bagai menelan mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kapak menelan beliung. | Yang baik ditukar dengan yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pipit menelan jagung. | Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor cacing menelan naga. | Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cacing menelan naga. | Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tak sir berdegak, sir melayang. | Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |