Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.dang] | منندڠ

Definisi : 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.dang] | منندڠ

Definisi : 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tendang
Kata Terbitan : menendang, tendangan,

Peribahasa

Di belakang ia menendang kita,
     bila di depan ia mengeting kita,
jika di tengah ia berpusing ligat pula.

Bermaksud :

Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti menendang landak.Menganiaya orang kecil, yang kemudian merosakkan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula.Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak.Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas