Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberi­tahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menye­nangkan) utk mendapatkan pertolong­an (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusah­kannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadukan

Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat lurah timbunan sarap.Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas