| Mengajar limau berduri. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Mengajar buaya berenang, c. Orang tua diajar makan pisang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memperjuali orang Cina penjahit. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang tua diajar makan pisang. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Mengajar buaya berenang, c. Mengajar limau berduri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengajar buaya berenang. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Orang tua diajar makan pisang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengajar anak harimau. | Mengajar anak yang lekas pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Binatang tahan palu, manusia tahan kias. | Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Manusia tahan kias, binatang tahan palu. | Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengunyahkan orang bergigi. | Mengajar (memberitahu) orang yang sudah tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melentur biarlah waktu rebung. | Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya? | Mengajar orang malas, bilakah akan pandai? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |