Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui

Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.Tidak mahu mengakui kebenaran. rahmat = belas kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aku alah, engkau tak menang.Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa mengaku berak di tengah jalan?Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas