| Mengambil puntung pemukul kepala. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengambil bungkalan kurang. | Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh. | Pandai berkata-kata; arif bijaksana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak berluluk mengambil cekarau. | Mendapat untung tidak dengan bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang. | Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencucup benak orang. | Mengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mustahil tak berluluk mengambil cekarau. | Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. | Budi bahasa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjadi apit lempang cencang galang. | Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harta orang hendak dikebas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |