Putih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan. | Sesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai panas mengandung hujan. | Tertawa dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harum semerbak mengandung mala. | Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengerami telur orang. | Mengahwini perempuan yang sudah mengandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak. | Mengandung tetapi selalu keguguran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersalai tidak berapi. | Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat. | Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |