| Seperti menendang landak. | Menganiaya orang kecil, yang kemudian merosakkan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memukul kucing di dapur. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melukah ikan dalam panai. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melakak kucing di dapur. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggali paya menimbun bukit. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Samun sakal berdarah tangan. | Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicang-kecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |