Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengasah parang timah.Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya?Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas