Mengebat tidak erat, memancung tidak putus. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang. | Pendirian yang tetap. sedang = cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggenggam erat, membuhul mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |