Mengejar (= mengejan) tuah, najis keluar. | Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti menanti orang dulu, mengejar orang kemudian. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak ada hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing kedahuluan. | Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak menanti orang dulu, bak melalah orang kudian. | Melakukan sesuatu yang sia-sia. melalah = mengejar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |