Mengepit kepala harimau. | Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengepit induk ayam. | Mengemukakan orang yang penakut di dalam perundingan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menguningkan kunyit sendiri. | Suka memuji-muji diri sendiri. (Biasa juga: Mengepit daun kunyit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakai kulit harimau. | Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |