[me.nge.san] | مڠسن
Definisi : 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.san] | مڠسن
Definisi : 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)