Hendak menggaruk tidak berkuku. | Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa gatal dialah menggaruk. | Siapa yang berkehendak, dialah yang harus berbuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak ada orang menggaruk keluar badan. | Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |