Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dahan pembaji batang.Menggunakan harta benda tuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengepit kepala harimau.Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakai kulit harimau.Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memecah damar atau pagu.Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar.Menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu buku jari (= buku lima).Berkelahi dengan menggunakan tinju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandai berminyak air.Memuji-muji kerana ada sesuatu maksud; pandai berpura-pura; pandai menggunakan sesuatu yang sebenarnya kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.Menyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas