Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh. | Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir. | Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap mudik. | Mudah mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap hilir. | Sukar mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |