| Menghadapi jambar seorang-seorang. | Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buta kehilangan tongkat. | Menghadapi keadaan yang sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai meramas biji cempedak. | Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai bisul hampir memecah. | Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Selompat hidup, selompat mati. | Menghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk. | Menghadapi perkara yang sangat sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencit seekor penggada seratus. | Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat. penggada = pemukul, cokmar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |