Menghilangkan jejak bagai harimau. | Berbuat sesuatu untuk menutup kesalahan atau perbuatan yang kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harum menghilangkan bau. | Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau hendak menghilangkan jejaknya. | Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai gulai lengkitang. | Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghapuskan arang di muka. | Menghilangkan malu; membalas dendam. (Peribahasa lain yang sama makna: Membasuhkan arang yang terconteng di muka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur. | Menghilangkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati. | Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |