Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.na] | مڠهينا

Definisi : , menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.na] | مڠهينا

Definisi : memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Ikan haruan dipanggang tenggiri,
     Mari masuk ke dalam perahu;
Jangan tuan menghina diri sendiri,
     Sama saja badan berbau.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akik disangka batu.

Bermaksud :

Sesuatu yang menghina. akik = sebangsa batu berwarna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Memperhujankan (= menghujani) garam sendiri.Menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akik disangka batu.Sesuatu yang menghina. akik = sebangsa batu berwarna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Maukah (mahukah) orang menghujankan garamnya?Tidak ada orang yang mahu menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: Membasahkan garam sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang!Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas