Menghadapi jambar seorang-seorang. | Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan masak mentah. | Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lotong meniti batang kayu. | Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki. | Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga. | Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru. | Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji. | Hanya mementingkan dirinya saja, tanpa menghiraukan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |