Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Takut mengikut jalan tak beretas.Takut melakukan pekerjaan yang belum pernah diperbuat orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tekukur mengikut kata.Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Corak kain mengikut kehendak penenunnya.Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bengkok batang bengkoklah bayangnya.Mengikut ajaran yang salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lurus-lurus telunjuk.Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bercermin di air keruh.Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan berkemudi di haluan.Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai langau di ekor gajah.Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja.Sesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur.Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas