Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : mempertaruh wang dlm perjudian (loteri dll), membeli tiket loteri dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, mener­bitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegen­dang telinga-nya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : memasang wang dlm permainan judi (membeli tiket loteri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : mencucuk atau melukai dgn senjata tajam spt keris, pisau; menusuk: Dia telah ~ pencuri itu dgn kerisnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikam
Kata Terbitan : bertikam-tikaman, menikam, menikamkan, tertikam, tikaman, pertikaman, penikam,

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Ayam sudah patah,
     kalau-kalau dapat menikam.

Bermaksud :

Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pancing makan umpan.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pagar makan padi (= tanaman).Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pancing makan umpan, b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tongkat membawa rebah.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas