Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hujan menimpa bumi.Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki.Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layar menimpa tiang.Kawan menjadi lawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung melambung, malang menimpa.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Condong yang akan menimpa.Perbuatan yang sangat membahayakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat perahu takkan karam sebelah.Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas