Berpindah ke balik papan. | Meninggal dunia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah mati yang bergading. | Telah meninggal orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membalik-balik mayat di kubur. | Menyebut-nyebut nama orang yang telah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lepas bantal berganti tikar. | Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak. | Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. | Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati. | Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |