Menganjungkan diri bagai sepasin. | Meninggikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak tinggi terlalu, jatuh. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak panjang terlalu, patah. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak masak langsung hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak harum terlalu hangit. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau panggang jadi hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak anjing tersepit. | Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |