Mengorek dompet kawan. | Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manis udang, maka ketam direbus tak merah? | Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mempercocok-daunkan orang. | Bermuafakat dengan diam-diam untuk menipu orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berniaga di hujung lidah. | Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lintah menghisap darah. | Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut. | Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap. | Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai mencuri terasa mendapat, tak pandai mendapat terasa mencuri. | Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran terasa usaha yang benar, dan sesuatu yang diperoleh dengan jalan menipu terasa didapat dengan curian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |