Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjadi landasan pagi dan petang. | Orang yang hidup memburuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjadi kambing hitam. | Orang yang dipersalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjadi apit lempang cencang galang. | Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut. | Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam. | Diam itu lebih baik daripada berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. | Tak pernah dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pusat jala pumpunan ikan. | Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuman menjadi barah (= pekung). | Perkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |