Menjunjung sangkak ayam. | Mendapat malu besar. sangkak = petarangan, sarang ayam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memikul di bahu, menjunjung di kepala. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung. | Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya lebih dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. | Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menumbuk di lesung, bertanak di periuk. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |