Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Peribahasa

Seludang menolak mayang.

Bermaksud :

Menyombongkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mayang menolak seludang.Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seludang menolak mayang.Menyombongkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada raja menolak sembah.Tidak ada orang yang tak suka dihormati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adakah buaya menolak bangkai?Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang.Menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas