[men.sia.sia.kan] | منسيا-سياکن
Definisi : 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari mudamu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), mengecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) membuang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.sia.sia.kan] | منسيا-سياکن
Definisi : 1 memandang sbg tidak berguna; membuang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)