Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. | Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. | Perbuatan yang tidak sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah. | Pekerjaan yang tidak sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masak malam mentah pagi (= siang). | Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan masak mentah. | Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau dikadang, mentah. | Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masak di luar mentah di dalam. | Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulat bersegi, bersanding melukai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing makan masak mentah. | Orang yang gelojoh tiada memilih baik ataupun jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Budak-budak makan pisang. | Masih mentah dalam segala hal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai diurap dengan daun katang-katang. | Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |