Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap seperti benalu. | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan tercirit di periuk. | Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang. | Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberakkan periuk nasi sendiri. | Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak. | Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lecah di kaki. | Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tempat makan jangan diberaki. | Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena kecipak orang berbelut. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |