| Bertanjak baru bertinjau. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertangga naik, berjanjang turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjanjang naik, bertangga turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana rupa begitulah bayangnya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik tangga dari bawah. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bapa burik anaknya tentu rintik. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Corak kain mengikut kehendak penenunnya. | Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. | Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dicocok orang hidungnya. | Menurut saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |